Berita baik kepada penjawat awam yang layak, pembayaran bantuan khas kewangan akan dibayar pada 17 Januari 2023. Ia dimaklumkan melalui satu surat pekeliling kepada semua ketua setiausaha kementerian yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed.
Menurut surat edaran itu, penerima bayaran BKK 2023 layak diberikan kepada
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah – RM 700
- Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, persara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen – RM 350
APAKAH ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN ?
Bantuan Khas Kewangan adalah sebuah bantuan yang disalurkan daripada kerajaan kepada penjawat awam yang berkelayakan.
Bantuan ini diberikan sebagai tanda untuk menghargai jasa pengorbanan para penjawat awam.
Perdana Menteri berkata, kerajaan turut bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM 350.
Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kerajaan memang silih berganti tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini.
SYARAT KELAYAKAN
BANTUAN KEWANGAN RM 700
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah
- Termasuk pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS)
- Termasuk pegawai yang bercuti bergaji penuh, bercuti separuh gaji dam bercuti tanpa gaji
- Layak kepada pegawai lantikan MyStep yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MyStep pada 17 Januari 2023.
- Turut layak kepada guru interim, pemandu yang dilantiksendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
- Turut layak kepada pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran dan hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
- Turut layak kepada pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia
BANTUAN RM 350
- Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, persara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen
JUMLAH BANTUAN
Terdapat 2 jenis bantuan dengan perbezaan jumlah dan kelayakan, sila rujuk di bawah
BANTUAN RM 700
- Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
BANTUAN RM 350
- Diberikan kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
- Penerima pencen terbitan
- Pesara perkhidmatan awam skim KWSP iaitu bersara apa mencapai opsyen umur perasaan
- Veteren berpencen dan tidak berpencen
TARIKH BAYARAN
Pembayaran bakal dikreditkan bermula 17 Januari 2022 seperti yang dimaklumkan di atas.