Bantuan KWSP Berjumlah RM 250

 


i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif di bawah SKIM PENJANA yang telah diumumkan pada Mei 2020.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap insentif ini akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.

i-SARAAN KWSP

Insentif  Persaraan atau i-Saraan ini adalah caruman sukarela membolehkan suri rumah serta yang bekerja sendiri untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksimum RM 250 setahun.

MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA

Berikut adalah antara manfaat yang bakal diterima oleh pencarum.
  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
  • Pencarum mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda
  • Membolehkan pencarum menerima insentif maksimum RM 250 setahun
  • Bantuan kematian RM 2,500 disediakan

SENARAI GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI

Di bawah merupakan senarai golongan yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :
  1. Petani
  2. Nelayan
  3. Pemandu teksi / e-hailing
  4. Pengasuh bayi
  5. Ejen insurans dan hartanah
  6. Freelancer seperti penyanyi, pelakon, perunding lain-lain
  7. Pemilik perniagaan dalam talian 
  8. Pemilik perniagaan
  9. Pemilik praktis sendiri
  10. Sudah berpencen
  11. Suri rumah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Warganegara Malaysia
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Kepada yang berminat untuk membuat permohonan i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :
  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA) MUAT TURUN BORANG
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (SEMASA BAYARAN) MUAT TURUN BORANG
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – Tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun

                        

Leave a Comment