Bantuan Kepada Keluarga Malaysia Berjumlah RM 150

 

Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera merupakan tema untuk Bajet 2022. Hal ini wajar dengan pelbagai insentif yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2021 Oktober lalu.

Bajet 2022 yang sudah seleesai dibentangkan dan diluluskan oleh semua pihak termasuk pembangkang pada 29 Oktober lalu. Salah satu bantuan yang diberikan adalah kepada golongan pelajar dan belia.

e-START / BANTUAN e-WALLET

Sebelum ini, bantuan E-START dinamakan sebagai E-WALLET yang berjumlah RM 150 juga. Ia merupakan Bajet 2021 yang dibentang tahun lalu dan selesai dikreditkan kepada penerima pada pertengahan tahun.

Ia bermaksud e-START bukanlah satu inisiatif yang baru oleh kerajaan tetapi hanya diteruskan pada tahun hadapan. 

Bantuan ini adalah untuk membantu golongan tertentu yang layak.

OBJEKTIF

Tujuan utama program bantuan ini adalah untuk meringankan golongan belia serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.


JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan untuk bantuan e-Start/e-Wallet 2022 adalah sama untuk tahun ini. Tiada kenaikkan diberikan walaupun ia wajar dinaikkan untuk membantu lagi para pelajar dan belia.

Disebabkan tiada kenaikkan diberikan, ia bermaksud jumlah bantuan e-Start pada 2022 ialah
  • RM 150 seorang
  • Pembayaran adalah secara one-off sahaja

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bantuan e-Start yang ditetapkan untuk pemberian bantuan :
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun sehingga 20 tahun sahaja 
  • Merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (tiada had limit umur)

TARIKH PENEBUSAN

Tarikh bayaran untuk setakat ini belum diumumkan lagi. Tetapi jika dibandingkan pembayaran e-Wallet 2021, dijangkakan tarikh penebusan ialah pada pertengahan 2022.

Hal ini kerana penebusan e-Wallet 2021 ialah pada bulan Mei lalu. Tetapi pihak kami akan sentiasa kemas kini dan masa ke masa berkenaan e-Start ini.

KAEDAH PENEBUSAN / BAYARAN

Belum diumumkan lagi setakat ini berkenaan kaedah pembayaran yang dilaksanakan untuk penebusan.

Tetapi, jika ia sama seperti e-Wallet 2021 maka penebusan boleh dibuat melalui aplikasi GRAB, BOOST, TOUCH N GO dan SHOPEE PAY.

Walau bagaimanapun, pihak kami akan update berkenaan bantuan ini dari masa ke masa. 

Leave a Comment