Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara iaitu melalui Musaadah Khaira Siswa PPZ.
Bantuan ini diwujudkan untuk meringankan beban mahasiswa yang terpaksa dan menghadapi kesulitan susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal pada Oktober berikutan peningkatan semula kes COVID-19 di negara.
Oleh itu, Musaadah Khaira Siswa PPZ merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan dana permulaan yang disediakan adalah berjumlah RM 100,000 yang terbuka kepada mahasiswa IPT.
Tak tahu cara mohon BPN 2.0? Tutorial Permohonan BPN 2.0
Jumlah Bantuan
Mahasiswa yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 200 dan ianya bergantung kepada keperluan semasa berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan.
Sumbangan ini adalah untuk menampung keperluan semasa seperti pengangkutan, penginapan dan lain-lain.
Semak Syarat Kelayakan Anda Disini
Mahasiswa yang ingin memohon Musaadah Khaira Siswa PPZ perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pelajar yang sedang belajar di IPT dan terkandas akibat penangguhan sesi pengajian.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira RM 200
Kepada mahasiswa yang berkelayakan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :
- Layari laman web rasmi di : http://musaadahsiswa.zakat.com.my/
- Klik pada borang permohonan
- Isi dengan lengkap butiran yang diperlukan
- Maklumat peribadi
- Institusi pengajian
- Alamat hubungan
- Maklumat bank
- Maklumat lain
- Klik butang ‘Setuju’
- Muat naik semua dokumen sokongan.
- Semak semua maklumat dan klik hantar
Nak kerja ? Jawatan Kosong Pegawai PTPTN
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ialah :
- Dokumen lapor diri
- Kad pelajar
- Dokumen sokongan seperti tiket penerbangan, tiket bas dan selebihnya.
Cara Semakan Status Permohonan
Semakan status boleh dibuat mulai 10 Oktober lalu. Tiada sebarang rayuan permohonan boleh dibuat sekiranya anda gagal. Semakan boleh dibuat melalui pautan di bawah
Soalan Lazim
Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat ?
Pembayaran permohonan yang lulus akan dilakukan dalam masa 7 hari.
Kaedah pembayaran ?
Akan dikreditkan kepada akaun bank mahasiswa yang layak
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang info atau pertanyaan lanjut berkaitan Musaadah Khaira Siswa PPZ boleh diajukan melalui emel rasmi : musaadahsiswa@zakat.com.my