Bantuan One-Off RM 150 Ditutup Pada 6 Oktober – Mohon Sekarang

Bantuan One-Off RM 150 Ditutup Pada 6 Oktober - Mohon Sekarang

 Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu rakyat yang memerlukan tidak kira daripada kerajaan pusat, negeri atau badan-badan kebajikan. 

Berikut adalah sebuah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu yang dikenali sebagai i-Belia berjumlah RM 150.

Sila semak artikel di bawah untuk maklumat lanjut 

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia 
  • Anak kelahiran Terengganu
  • Berusia diantara 18 hingga 39 tahun
  • Mahasiswa yang menuntut di mana-mana Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta
  • Permohonan turut dibuka kepada perantau yang berusia 18 hingga 39 tahun, dilahirkan dan pengundi berdaftar di Terengganu serta bukan kakitangan kerajaan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan akan tutup pada 06 Oktober 2022 ini.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda menetapi syarat-syarat yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan secara online melalui sistem i-Bantuan Terengganu.
Permohonan boleh terus di buat disini https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

TARIKH BAYARAN

Bayaran i-Bantuan Belia ini bagi yang lulus adalah bermula 30 Oktober hingga 30 November 2022 ini secara berperingkat.

Leave a Comment