BANTUAN RAMADAN ONE-OFF RM 500 KEPADA RAKYAT YANG LAYAK – SEMAK KELAYAKAN ANDA

Terdapat sebuah khabar baik kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan, sebuah bantuan bulan Ramadan RM 500 yang akan dibayar secara one-off untuk anda.

Bantuan Ramadan MAIWP ini akan mula disalurkan pada 27 Mac 2023 bersamaan pada 5 Ramadan 1444H secara berperingkat.

BANTUAN RAMADAN RM 500 ONE-OFF

Bantuan berjumlah RM500 sebagai bayaran sekali sahaja (one-off) kepada semua penerima bantuan bulanan bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan al-Mubarak tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Mesti bermastautin di Wilayah Perseketuan tidak kurang daripada setahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

JUMLAH BANTUAN RAMADAN

Untuk makluman, jumlah bantuan Ramadan MAIWP ini adalah

  • RM 500
  • Pembayaran sekali bayar

CARA PERMOHONAN

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon bantuan berkenaan anda boleh terus hadir ke pejabat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhampiran dengan anda. S

Selain itu, anda turut boleh terus layari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan bantuan-bantuan lain yang boleh anda mohon.

Leave a Comment