Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri

 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuka permohonan RM 60,000 untuk membina rumah anda sendiri.

Ia dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan bertujuan untuk membantu golongan tersebut memiliki rumah pertama mereka.

Sila baca sehingga habis untuk mengetahui info penuh mengenai skim ini.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  • Haruslah berumur 21 tahun sehingga 71 tahun
  • Bukan pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan
  • Pemohon dan pasangan haruslah warganegara Malaysia sahaja
  • Bekerja dan mempunya pendapatan sendiri
  • Belum memiliki rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RN 1,000 hingga RM 3,000 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau hak ahli keluarga sendiri

SYARAT PINJAMAN

Berikut ialah syarat pinjaman yang perlu anda patuh sebelum melakukan permohonan 
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah antara 35 sehingga 70 tahun
  • Had maksimum pinjaman sebanyak RM 60,000 tidak termasuk perlindungan insurans
  • Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

  • Mempunyai pendapatan minimum RM 1,000
  • Bukan daripada pekerjaan kerajaan
  • Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25-35 tahun
  • Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Haruslah mempunyai kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.

Untuk pengetahuan anda, nilai tanah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.

Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan 
  1. Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah
  2. Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun.

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Berikut ialah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
  • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja
  • Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan juga ruang tamu.
  • Kontraktor perlulah mengikut kawasan ADUN
  • Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan
  • Mempunyai perakuan CIDB yang masib sah atau pendaftarkan syarikat
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000

CARA PERMOHONAN

Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh ajukan dan hubungi :
  • Tel – 03-8000- 8000
  • Faks- 03-8891 4269
  • Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara.

Leave a Comment