Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri

 

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan (KPKT) telah membuka permohonan inisiatif berjumlah RM 60,000 untuk membina rumah anda sendiri.

Ia dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini khas untuk golongan berpendapatan rendah dengan tujuan untuk membantu golongan terbabit memiliki rumah pertama mereka.

Sila baca sehingga habis untuk mengetahui info penuh mengenai skim ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan 
  • Berumur 21 tahun sehingga 71 tahun
  • Bukan pesara kerajaan atau kakitan kerajaan
  • Pemohon harus Warganegara Malaysia
  • Bekerja dan mempunyai pendadpatan sendiri
  • Belum memiliki rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000 sehingga RM 3,000 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau hak ahli keluarga sendiri

SYARAT PINJAMAN

Berikut ialah syarat pinjaman yang perlu anda ada untuk membuat permohonan
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
  • Had maksimum pinjaman ialah RM 60,000 tidak termasuk dengan perlindungan insurans
  • Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% atass pinjaman

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

  • Mempunyai pendapatan minimum RM 1,000
  • Bukan daripada pekerjaan kerajaan
  • Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25-35 tahun
  • Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Haruslah mempunyai kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.


Untuk pengetahuan anda, nilai tanah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.

Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan
  1.  Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah.
  2. Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun sahaja.

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Berikut ialah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
  • Menggunakan pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara sahaja
  • Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang dilenkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.
  • Kontraktor perlulah mengikut kawasan ADUN
  • Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan
  • Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000

CARA PERMOHONAN

Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh ajukan dan hubungi talian di bawah :
  • Tel : 03-8000-8000
  • Faks : 03-8891-4269
  • Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara

0 thoughts on “Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah Sendiri”

  1. Saya tidak setujuh dengan cara kerajasn separti ini,bukan semua orang ada pekerjaan..mana mungkin orang separti saya dapat dapat pinjaman pwrumahan separti itu…kenapa kerajaan tak fikir langsung tentang pengaluaran kwsp kami,supaya rakyat tidak rasa terbeban dengan bayaran bulanan..kerajaan nak pastikan bahawa rakyat sentiasa menangung bayaran setiap bulan mana kala kerajaan bersenang2 guna kwsp rakyat untuk buat keuntungan sendiri..kerajaan ni langsung tak berhati perut….tak boleh di percayia langsung…kerajaan buat rakyat iniseparti lembu…sedangkan kami ada duit simpanan kwsp

    Reply

Leave a Comment