Bantuan RM 60,000 Untuk Pembinaan Rumah Milik Sendiri

 

Bantuan RM 60,000 Untuk Pembinaan Rumah Milik Sendiri

PEMBINAAN RUMAH BANTUAN RM 60,000

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuka permohonan barjjumlah RM 60,000 untuk membina rumah milik sendiri

Ia turut dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan. Skim ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan tujuan untuk membantu gologan terbabit memiliki rumah pertama.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk permohonan 
  • Berumur 21 dan sehingga 71 tahun
  • Bukan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan
  • Pemohon haruslah Warganegara Malaysia
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Pendapatan kasar bulanan haruslah dalam anggaran RM 1,000 hingga RM 3,000 
  • Mempunyai tanah atas nama sendiri atau milik keluarga

SYARAT PEMBIAYAAN

Syarat pinjaman atau pembiayaan yang perlu anda tahu sebelum permohonan adalah seperti berikut
  • Tempoh maksimum bayaran balik adalah antara 35 tahun sehingga 70 tahun
  • Had maksimum pinjaman sebanyak RM 60,000 tidak termasuk perlindungan insurans
  • Perlu ambil perlindungan Insurans daripada panel insurans
  • Dikenakan 2% caj perkhidmatan ke atas pinjaman

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

  • Pendapatan minimum bulanan RM 1,000
  • Bukan daripada pekerja kerajaan
  • Perlindungan insurans disediakan untuk generasi kedua sahaja
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua tersebut berumur 25 hingga 35 tahun
  • Generasi kedua merupakan anak kandungan kepada pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Haruslah mempunyai kebenaran bertulus daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik keluarga yang terdekat sahaja.
Nilai tanah berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang dipinjam.

Untuk tanah milikan secara pajakan, berikut ialah syarat yang dikenakan
  1. Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk mencagar tanah
  2. Baki tempoh pajak yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Berikut adalah syarat dan info penuh berkaitan pembinaan rumah :
  • Menggunakan pelan yang disediakan Jabatan Perumahan Negara
  • Rumah kos rendah yang berkeluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi yang dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 dapur dan ruang tamu
  • Kontraktor yang dipilih perlu mengikut kawasan ADUN
  • Mendapat kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya perlu
  • Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM 5,000

CARA PERMOHONAN

Pengisian permohonan perlu dilakukan melalui borang. Anda perlu isi semua butiran yang diperlukan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh ajukan dan hubungi :

1. Telefon – 03-8000-8000

2. Faks – 03-8891-4269

3. Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara 

Leave a Comment