Bantuan RM 800 Bagi Tempoh 4 Bulan Sahaja

 

Bantuan RM 800 Bagi Tempoh 4 Bulan Sahaja

Sebuah bantuan yang akan diberikan berjumlah RM 800 dan akan dibayar bagi tempoh 4 bulan sahaja. Ia adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Sebelum ini, bantuan tersebut adalah berjumlah RM 600 sahaja tetapi telah dinaikkan untuk membantu rakyat yang terjejas.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

BANTUAN RM 800 BAGI TEMPOH 4 BULAN

Jumlah sebelum penambahan jumlah bantuan adalah RM 600 dan akan dibayar dalam dua fasa pembayaran.
Disebabkan kerajaan telah bersetuju menaikkan jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), jumlah bantuan terbaru adalah
  • RM 800 setiap seorang

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran bantuan RM 800 tersebut akan dibayar dalam empat fasa. Pembayaran RM 200 sebulan bagi tempoh empat bulan.
Oleh itu, untuk pembayaran seterusnya akan dikemaskini dari masa ke masa.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM 600

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu
  1. melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan

SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut 
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur 
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian
  • 03-4251 0171
Anda juga boleh terus layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ untuk informasi penuh mengenai BMT 2023 ini.

Leave a Comment