Skip to content

Bantuan Rumah Harga Murah RM 124 Sebulan

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah program kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

KATEGORI-KATEGORI PPR

Hanya terdapat 2 kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR.

1) PPR DISEWA

Program PPR Disewa diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan.

Bayaran :
  • Mereka yang layak hanya akan membayar RM 124 sebulan
2) PPR DIMILIKI

PPR Dimiliki diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tujuan agar golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa setiap bulan.

Bayaran :

Rumah-rumah PPR DIMILIKI akan dijual dengan harga seperti berikut :
  • RM 35,000 seunit di Semenanjung
  • RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsas (CIS2)


CIRI-CIRI RUMAH

Berikut ialah ciri-ciri untuk rumah PPR yang bakal anda miliki nanti
  • PPR Kawasan bandar besar : Jenis rumah ialah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
  • PPR Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Luas : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air
  • Kemudahan termasuklah dewan komuniti, surau, gerai makan, tadikan, kemudahan OKU, kawasan lapang dan tempat pembuangan sampah

SYARAT PERMOHONAN

Berikut ialah syarat yang harus anda miliki sekiranya ingin membuat permohonan
  • warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mengikut syarat-syarat tambahan oleh kerajaan negeri

CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

Permohonan boleh dibuat secara online dan berikut ialah panduan permohonan :
  • Daftar akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
  • Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan 
  • Pilih skim mengikut kelayakan anda
  • Lengkapkan maklumat pemohon
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan

0 thoughts on “Bantuan Rumah Harga Murah RM 124 Sebulan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *