Bantuan Sehingga RM 4,000 Dibayar Pada 10 Januari

 

Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bahawa pemberian beberapa bantuan akan mula disalurkan pada 10 Januari ini.

Untuk mengetahui info penuh mengenai bantuan tersebut, sila rujuk sehingga habis.

BANTUAN 

Pelbagai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat dalam tempoh ini. Selain bantuan wang tunai, kerajaan turut memberikan bantuan berbentuk baucar untuk membeli barangan yang diperlukan.

Menurut Perdana Menteri, bantuan ini adalah tambahan daripada Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan sebelum ini.

SIAPA YANG LAYAK

Mesti anda tertanya-tanya, siapakah yang layak untuk menerima bantuan tersebut.Berikut adalah senarai golongan yang layak untuk menerima bantuan tersebut.
  • Bantuan dan baucar tersebut akan diberikan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Ini bermaksud sekiranya anda tidak terjejas dengan banjir tempoh hari maka anda tidak layak untuk menerima bantuan tersebut.


JUMLAH BANTUAN

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai dan baucar. Manakala, jumlah maksimum bantuan dan baucar yang boleh diterima oleh rakyat berjumlah
  • RM 4,000
Menurut Perdana Menteri, sumbangan berbentuk baucar adalah berjumlah
  • RM 1,500
Baucar tersebut dipecahkan kepada 2 jenis iaitu
  • Baucar membaiki kenderaan RM 1,000 dan
  • Baucar membeli barangan elektrik RM 500
Manakala bantuan wang tunai yang akan diberikan adalah :
  • RM 2,500
Pengagihan bantuan ini akan dilaksanakan secara terperingkat di setiap negeri yang terjejas dengan banjir.


CARA PERMOHONAN

Untuk permohonan, anda hanya perlu menerima pengesahan daripada Ketua Komuniti atau Ketua Pegawai Daerah yang diberi tanggungjawab.

Tiada sebarang borang permohonan perlu diisi.

CARA BAYARAN

Pembayaran akan bermula pada 10 Januari 2022. Cara bayaran adalah seperti berikut :

1. Bantuan diberikan terus ke rumah mangsa atau

2. Mengumpul para penerima atau

3. Disalurkan melalui akaun bank masing-masing


0 thoughts on “Bantuan Sehingga RM 4,000 Dibayar Pada 10 Januari”

  1. Wahai perdana mentri yang tidak di undi oleh rakyat,jangan jadi pengkhianat kepada rakyat,PM memang tidak berhati perut kepada kami..kenapa wang kwsp kami tidak di benarkan untuk pengaluaran oneof..PM nak rakyat susa sehingga kami berhutang gara2 endamik ini,bukan semua orang senang,tapi lihatlah kami yang sngt terdesak ini..di msns hati perut kerajaan sehingg menyakst duit rakyat..itu wang simpanan kami,jadi tolong lah dengar la suara rakyat..jangan biarkan kami menderita.

    Reply

Leave a Comment