Pelbagai jenis bantuan meliputi semua lapisan masyarakat akan diberikan pada tahun 2023 ini.
Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Selain daripada jumlah bantuan asal STR, Perdana Menteri turut umumkan bantuan tambahan di bawah program STR yang berjumlah RM 600.
STR TAMBAHAN 2023
Kerajaan Perpaduan mengumumkan sebuah bantuan tambahan STR akan diberikan kepada penerima yang layak pada tahun ini.
Bantuan tambah tersebut adalah berjumlah RM 600 setiap penerima STR yang layak. Ia merupakan sebuah bantuan berbentuk sumbangan barang keperluan makanan dan bukannya bantuan kewangan.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya kategori di bawah sahaja layak terima STR TAMBAHAN INI
- Penerima STR 2023 dan
- Merupakan kategori ISI RUMAH MISKIN TEGAR
- PGK miskin tegar atau pendapatan bulanan bersamaan RM 1,169 dan ke bawah
- Tiada had umur untuk terima bantuan tambahan tersebut
JUMLAH BANTUAN
Kesemua ISI RUMAH MISKIN TEGAR yang mempunyai 0 anak dan ke atas akan terima jumlah bantuan yang sama iaitu
- bernilai RM 600 setiap penerima
JADUAL BAYARAN
Bayaran bantuan RM 600 tersebut akan dipecahkan dalam 6 Fasa pembayaran. Jumlah bayaran bagi setiap bulan adalah RM 100 sahaja.
- RM 100 – JULAI
- RM 100 – OGOS
- RM 100 – SEPTEMBER
- RM 100 – OKTOBER
- RM 100 – NOVEMBER
- RM 100 – DISEMBER