Bantuan terbaru ini dinamakan sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC), semak sini untuk maklumat penuh

 

Sekarang merupakan fasa dimana negara kita akan keluar daripada pandemik Covid-19 kepada endemik. Sehubungan dengan itu, kerajaan baru sahaja melancarkan bantuan baharu yang bertujuan seperti yang di atas.

PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

Dalam persediaan ke arah era endemik Covid-19, kerajaan akan memperuntukkan lebih RM 471.6 juta untuk memberi bantuan yang dikenali sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 atau PPC.

Usaha ini antara lain untuk meringankan bebean kewangan perbelanjaan dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluar mereka daripada jangkitan Covid-19.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA BANTUAN INI ?

Pemberian Pakej Penjagaan Coivd-19 ialah kepada Keluarga Malaysia yang berkategori
  • B40 SAHAJA (untuk setakat ini).
APA YANG ADA DALAM BANTUAN ITU ?

Berikut merupakan senarai barang yang bakal diterima oleh golongan B40 :
  1. Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga)
  2. Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit)
  3. 1 pulse oximeter
  4. 1 termometer serta
  5. Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

CARA PERMOHONAN ?
  • Tiada permohonan diperlukan
Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga dan berkategori B40 sahaja.
  • Golongan B40 yang sudah berkahwin atau tidak mempunyai anak
  • B40 ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak
PEMBERIAN DOS KETIGA

Ia sebagai usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan Covid-19.

Keutamaan Dos Ketiga 

Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti 
  • Anggota barisan hadapan kesihatan
  • Warga tua dengan komorbiditi 
  • Individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.


0 thoughts on “Bantuan terbaru ini dinamakan sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC), semak sini untuk maklumat penuh”

  1. Sy n suami langsung x dpt bantuan…Sy juga bekas frontliner..skrg jd Suri rumah ..dulu dpt juga bsh..lps kawin x dpt terus…rasa x adik..sbb mysalam blh dpt sepasang suami isteri.sedangkn kami langsung x dpt apa2…

    Reply

Leave a Comment