Bayaran Semula Bantuan Berjumlah RM 500 sehingga RM 1000

 

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas Prihatin ialah salah satu bantuan kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan.

Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan tersebut yang terjejas akibat pandemik bermula tahun lalu.

Ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk meneruskan membantu para PKS Mikro meneruskan pembayaran GKP melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH yang dilancarkan pada Jun lalu.

KEMAS KINI AKAUN BANK

Bermula 6 Disember sehingga 20 Disember, pengemaskinian perlu dilakukan kepada penerima yang 
  • GAGAL KREDIT
Gagal kredit bermaksud penerima tidak menerima bayaran GKP yang didaftarkan melalui akaun bank. Ia berkemungkinan besar kerana nombor akaun bank anda tidak dapat dikesan kerana nombor akaun bank yang tidak tepat.

Oleh sebab yang demikian, sekiranya anda mempunyai status ‘Gagal Kredit’ anda sepatutnya sudah selesai membuat kemas kini dalam tempoh yang diberikan.

Kemas kini ini terbuka kepada semua jenis pembayaran GKP termasuklah 
  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA TAMBAHAN
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

BAYARAN SEMULA WANG GKP 

Sekiranya anda sudah selesai membuat kemas kini tempoh hari, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan bahawa pembayaran semula wang GKP yang berstatus gagal kredit bermula
  • 27 DISEMBER 2021
Pembayaran semula ini melibatkan semua jenis pembayarna GKP yang berstatus gagal kredit seperti
  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA TAMBAHAN
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SEMULA GKP 2021

Untuk membuat semakan, berikut ialah panduan 
  1. Layari portal rasmi GKP
  2. Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID PENGGUNA
  4. Klik SEMAK
  5. Setelah berjaya log masuk, maklumat pembayaran akan dimaklumkan melalui status permohonan anda.

JUMLAH BAYARAN

Jumlah bayaran ialah bergantung jenis GKP yang gagal kredit. 
  • Jika GKP PERMAI gagal kredit maka anda akan menerima bayaran antara RM 500 sehingga RM 1,000
  • Jika GKP PEMERKASA TAMBAHAN gagal kredit, bayaran bakal diterima ialah RM 500
  • Jika GKP 3.0 gagal kredit, pembayaran adalah RM 1,000
  • Jika GKP 4.0 Fasa 1 atau Fasa 2 gagal kredit maka pembayaran ialah RM 500 tetapi jika GKP 4,0 Fasa 1 dan Fasa 2 gagal kredit RM 1,000 akan dibayar.



0 thoughts on “Bayaran Semula Bantuan Berjumlah RM 500 sehingga RM 1000”

Leave a Comment