BKM FASA 3 : Semakan Status Bayaran Kini Dibuka

 

BKM FASA 3 : Semakan Status Bayaran Kini Dibuka

BKM FASA 3 : Semakan Status Bayaran Kini Dibuka. Perkara mengenai Bantuan Keluarga Malaysia hangat diperkatakan ketika ini kerana ia bakal kembali dibayar untuk fasa 3 pada bulan ini. Oleh itu, penerima yang layak boleh membuat semakan status bayaran yang telah dibuka bagi BKM Fasa 3.

TARIKH FASA BAYARAN BKM

Bayaran Fasa 1
  • Bayaran telah dikreditkan pada 28 Mac 2022 lalu secara berperingkat dan penebusan tunai bermula 30 Mac 
Bayaran Fasa 2
  • Bayaran secara kredit dan penebusan tunai diberikan secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 lepas, di mana penebusan boleh dilaksanakan di kesemua kaunter BSN di negara
Bayaran Fasa 3
  • Bayaran bakal dikreditkan pada bulan September 2022 atau selewat-lewatnya pada penghujung bulan September. Tiada tarikh terkini diumumkan mengenai BKM Fasa 3
Bayaran Fasa 4
  • Bakal dikreditkan pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Disember depan

JUMLAH BANTUAN TERKINI BKM FASA 3 

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment