Cara Membuat Permohonan BPR 2021

 

Sedia maklum bahawa permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka bermula 15 Januari Hingga 15 Februari 2021.

Artikel ini merupakan panduan kepada mereka yang ingin membuat permohonan baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda perlu rujuk panduan di bawah.

BPR 2021

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang mampu memberikan manfaat kepada golongan isi rumah serta bujang.

Siapakah Yang Boleh Membuat Permohonan Baharu BPR ?


Terbuka kepada semua golongan yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.

Siapa Yang Layak Mohon Di Bawah Kategori Isi Rumah Dan Bujang ?


1) Kategori Isi Rumah
  • Berkahwin (ada atau tiada anak).
  • Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas.
2) Kategori Isi Rumah
  • Bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 59 tahun.

Cara Membuat Permohonan Baharu BPR 2021

Permohonan baharu adalah hanya untuk bagi mereka yang tidak pernah dapat BSH 2020 atau BPN 2.0


Anda boleh rujuk panduan di bawah :
  1. Layari portal rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Klik pada ‘Permohonan Baharu’
  3. Anda akan dipaparkan dengan paparan Borang Permohonan BPR. 
  4. Anda perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Lengkapkan borang tersebut dengan butiran yang sahih ya.
  6. Muat naik mana-mana dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin, sijil cerai / kematian pasangan, pengesahan pasangan dan pengesahan Bank.
  7. Setelah selesai, klik ‘Teruskan’.
  8. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’
  9. Permohonan anda berjaya dihantar.


Anda juga boleh membuat permohonan secara manual. 


Muat turun borang tersebut dan isi segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sila hantar ke mana-mana kaunter LHDN berdekatan anda

0 thoughts on “Cara Membuat Permohonan BPR 2021”

  1. Assalamualaikum…sy nk Tanya,sy tersalah jawap soalan keselamatan untuk log masuk,dh 3x dekat situ dia tulis akaun anda di sekat,mcm mn ye,sy cuba buat untuk tekan terlupa kata laluan tp sy terlupa nm gmail yg berdaftar,macam mana ye sy Risau Bantuan BPR sy x dapat,dengan keadahan sy suri rumah dn memjaga ibu sy yg tidak sihat..Tolong ye terima kasih.

    Reply

Leave a Comment