Cara Mohon Baru Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang

 


Selain daripada memohon secara online anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan menggunakan borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan.

Permohonan Baru BPR

Terbuka kepada semua golongan yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.

Siapa Yang Layak Mohon Di Bawah Kategori Isi Rumah Dan Bujang ?

1) Kategori Isi Rumah

  • Berkahwin (ada atau tiada anak).
  • Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas.
2) Kategori Isi Rumah
  • Bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 59 tahun.
Panduan Permohonan Secara Manual
  1. Anda perlu muat turun dan cetak borang permohonan tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kolum ‘Kategori Permohonan’ anda perlu isikan nombor ‘1’ untuk permohonan baharu.
  3. Anda perlu isi Bahagian A yang merangkumi maklumat peribadi, Bahagian B yang melibatkan maklumat pasangan, Bahagian C yang merangkumi maklumat anak, Bahagian D iaitu maklumat wakil dan Bahagian E yang merupakan perakuan pemohon. Anda haruslah masukkan maklumat yang sahih sahaja.
  4. Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian ‘Akaun Penerimaan BPR’ dan ‘Untuk Kegunaan Pejabat’.
  5. Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.
Permohonan Kemaskini BPR

Terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Anda Perlu Membuat Kemaskini Sekiranya 


1. Status Perkahwinan berubah

Sebagai contoh, jika dahulu anda bujang semasa menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 tetapi kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.

Begitu juga kepada pemohon yang status perkahwinan berubah daripada berkahwin kepada bercerai / kematian pasangan.

2. Penambahan anak

Jika dahulu sewaktu BSH 2020 dan BPN 2.0 anda hanya mempunyai seorang anak tetapi kini telah bertambah kepada dua orang anak. Anda juga perlu membuat kemaskini.

3. Perubahan nombor telefon

4. Perubahan akaun bank

Jika dulu anda menggunakan Bank Islam tetapi kini anda telah menggunakan Maybank. Anda perlu melakukan kemaskini.

Panduan Kemaskini Secara Manual
  1. Anda perlu muat turun dan cetak borang kemaskini tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kolum ‘Kategori Permohonan’ anda perlu isikan nombor ‘2’ untuk kemaskini.
  3. Anda hanya perlu kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti yang dijelaskan
  4. Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian ‘Akaun Penerimaan BPR’ dan ‘Untuk Kegunaan Pejabat’.
  5. Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.

0 thoughts on “Cara Mohon Baru Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang”

  1. Saya mempunyai 2orang anak tapi kenapa dalam semakkan saya mempunyai 1 orang anak.perlu saya menghantar semula salinan surat beranak sekira nya telah mengisi di ruangan anak

    Reply
  2. Saya ade isi kemaskini borang on9.. Sy ada ank 3 org.. Y sulung brumur 19 taun pd taun ini… Tp nm dye xbole msuk.. Kataya tidak layak… Knp ye.. Bole trangkn.. Terima kasih

    Reply
  3. STATUS SAYA BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK.
    SEJAK TIGA TAHUN LALU SAYA DAN SUAMI DAH TAK TINGGAL SEBUMBUNG LAGI TETAPI SAYA TIDAK DILEPASKAN. ANAK ADA DGN SAYA.MCM MANA DGN PERMOHONAN SAYA? SEBAB KEMASKINI NAK UPLOAD SIJIL CERAI ATAU PUN SURAT MATI..
    PERMOHONAN YG SEBELUM NI

    Reply

Leave a Comment