Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

 

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 akan mula dibuka 1 April ini seperti yang diumumkan oleh pihak Kerajaan dan KWSP. Berikut adalah cara mohon Pengeluaran Khas KWSP

PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS

KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP bermula 1 April kelak.

Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.

UNTUK MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN

Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.

CARA MOHON PENGELUARAN KHAS

Melalui Facebook rasmi KWSP, ahli boleh membuat permohonan melalui 2 cara iaitu
melalui i-Akaun KWSP atau permohonan online melalui portal rasmi pengeluaran.
1. Mohon melalui i-Akaun
  • Kepada ahli yang mempunyai i-Akaun anda boleh memuat turun aplikasi i-Akaun atau log masuk daripada portal rasmi KWSP untuk membuat permohonan.
2. Mohon melalui portal rasmi Pengeluaran Khas
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April.

PENGELUARAN KHAS DIPERKENALKAN

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh fasa peralih ke endemik.

AHLI YANG PERNAH MOHON PENGELUARAN KHAS SEBELUM INI TURUT LAYAK

Pencarum yang pernah membuat pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra turut layak membuat Pengeluaran Khas ini tergantung dengan baki wang simpanan anda.

JUMLAH PENGELUARAN

Pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 dan minimum RM 50 sahaja. Walau bagaimanapun, ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.

CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu kali bayaran sahaja atau one-off

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 ini.

Leave a Comment