Cara Permohonan Bantuan Rumah PPR 2022 Serendah RM 124

 

Cara Permohonan Bantuan Rumah PPR 2022 Serendah RM 124

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah sebuah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah sebuah projek kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Berikut adalah cara permohonan bantuan rumah PPR 2022 serendah RM 124.


KATEGORI RUMAH PPR

Terdapat hanya 2 sahaja kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR.

1. PPR DISEWA

Program PPR Disewa ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2022 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan berpendapatan rendah dan setinggan.

2. PPR DIMILIKI

PPR Dimiliki ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tujuan agar golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa untuk setiap bulan.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR di atas menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsas (CIS2)


BAYARAN PPR

Berikut ialah jumlah bayaran yang pemohon akan membayar mengikut jenis PPR yang dipilih.

1. PPR DISEWA
  • Bayaran hanya RM 124 sebulan untuk pemohon yang layak
2. PPR DIMILIKI

Rumah-rumah PPR DIMILIKI akan dijual dengan harga berikut
  • RM 35,000 seunit di Semenanjung
  • RM 42,000 seunit d Sabah dan Sarawak

CIRI-CIRI RUMAH

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang ditawarkan untuk rumah PPR yang anda miliki atau sewa nanti

PPR KAWASAN BANDAR BESAR
  • Jenis rumah adalah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
PPR KAWASAN PINGGIR BANDAR
  • Jenis rumah teres
Luas
  • Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan
  • Terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik air/tandas, 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur
Kemudahan
  • Kemudahan yang disediakan termasuklah tempat pembuangan sampah, kawasan lapang, surau, gerai makan, dewan komuniti, kemudahan OKU dan tadika

SYARAT PERMOHONAN

Berikut ialah syarat yang anda harus miliki sekiranya berminat untuk membuat permohonan rumah PPR
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan isi rumah berjumlah RM 3,000 dan ke bawah untuk sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mengikut syarat-syarat tambahan oleh kerajaan negeri

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online seperti berikut :
  • Daftar akaun melalui laman web rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
  • Setelah selesai membuat pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
  • Pilih skim mengikut kelayakan anda
  • Lengkapkan maklumat pemohon
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan

Leave a Comment