Cara Semak Bayaran BKM Fasa 1 Untuk Penerima Tiada Akaun Bank

Cara Semak Bayaran BKM Fasa 1 Untuk Penerima Yang Tiada Akaun Bank

Secara rasminya, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 Fasa 1 akan mula dibayar pada 28 Mac 2022 ini.

Pembayaran ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima yang akan menerima bantuan sehingga RM 300. Kelayakan setiap penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.

CARA BAYARAN

Pembayaran ini akan diberikan kepada penerima yang mempunyai akaun bank ataupun tidak. Untuk penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan.

Tetapi bagaimana pula untuk bayaran BKM untuk penerima yang tiada akaun bank ? Maklumat penuh, sila rujuk di bawah.

CARA SEMAK BAYARAN PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK

Untuk pengetahuan pembaca, pembayaran akan terus dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank.

Tetapi, buat penerima yang tiada akaun bank atau mempunyai status gagal kredit, anda boleh membuat penebusan tunai wang BKM melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  • mulai 30 Mac ini.

TARIKH SEMAKAN STATUS BKM FASA 1

Berita baik kepada bakal penerima dan pemohon BKM Fasa 1, tarikh semakan status kelayakan sudah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu kenyataan media yang diterbitkan.

Sukacita diumumkan bahawa, anda boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula
  • 28 Mac ini
Merupakan tarikh yang sama dimana pembayaran BKM Fasa 1 bakal dilaksanakan.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS

Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan status permohonan bermula 28 Mac nanti :
  • Layari laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut : https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik pada LOG MASUK BKM
  • Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan / ID Pemohon anda
  • Kemudian, masukkan pula Kata Laluan seperti biasa
  • Seterusnya, paparan berikutnya akan menunjukkan SEMAKAN STATUS, sila klik SEMAKAN STATUS UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS
  • Status kelulusan anda akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal untuk menerima BKM Fasa 1 ini.
Peringatan mesra untuk anda bahawa semakan status hanya boleh disemak bermula 28 Mac, sekiranya anda membuat semakan sebelum tarikh berkenaan maka belum ada keputusan perhomohon dipaparkan.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah 
  • RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya :
  • Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
  • Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN

Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
  • RM 2,500

Leave a Comment