Dividen ASB 2021 Tidak Berubah Dengan 2021 Tetapi Bonus Untuk Semua Unit

 

Jika kita bandingkan dengan jadual pengagihan, kita dapat ketahui bahawa dividen 2021 adalah lebih tinggi sedikit berbanding dengan dividen 2020 yang merupakan terendah dalam sejarah ASB ditubuhkan.

Manakala yang tertinggi adalah pada tahun 1996.

PERBANDINGAN PENGAGIHAN DIVIDEN

Mari kita bandingkan sejarah pengagihan dividen yang bermula dari tahun 2015 sehingga 2021.

1. 2015 – 7.25 + 0.5 SEN / UNIT

2. 2016 – 6.75 + 0.5 SEN / UNIT

3. 2017 – 7.00   + 1.25 SEN / UNIT

4. 2018 – 6.50   + 0.6 SEN / UNIT

5. 2019 – 5.00  + 0.5 SEN / UNIT

6. 2020 – 4.25  + 0.75 SEN (30,000 PERTAMA) / UNIT

7. 2021 – 4.25   + 0.75 SEN / UNIT


PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 2021

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sudah mengumumkan jumlah agihan pendapatan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ariffin Zakaria menerusi sidang media secara maya pada hari ini.
  • Jumlah agihan pendapatan ialah 5.00 sen seunit
  • Pengagihan pendapatan merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75
  • Berbeza tahun lalu, bonus hanya terbuka kepada 30,000 pertama kini bonus terbuka kepada semua tanpa had 
Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Manakala pemegang unit ASB boleh melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari.


MAKLUMAT TAMBAHAN

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahun dan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.
Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke e-mel yang berdaftar dengan ASNB manakala laporan tahunan dan interim boleh diakses melalui laman web ASNB.

Leave a Comment