eKasih atau Portal Pembasmian Kemiskinan kini menjadi portal utama rakyat Malaysia terutama yang ingin membuat permohonon bantuan kerajaan.
Portal eKasih merupakan sebuah portal yang menyimpan segala rekod bantuan yang diterima individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah Bantuan Sara Hidup
Selain itu, data tersebut juga digunakan untuk pemberian bantuan skim KWSP Suri Rumah (iSuri) sebanyak RM 480 setahun.
Baca Disini : Apa Itu iSuri (Permohonan Baru)
Pendaftaran eKasih 2020
Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan (bandar) atau RM 1,000 sebulan (luar bandar) digalakkan mendaftar portal e-Kasih.
Data-data di dalam sistem ini akan disepadukan dengan data-data agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan.
Antara data yang terdapat dalam sistem ini termasuklah :
- Maklumat asas KIR & AIR
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Alamat tempat tinggal
- Pekerjaan
- Pendapatan
- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
Bpn untuk hong leong bank bila masuk