Hanya 3 Kategori Yang Layak Terima BKM RM 900

 

Hanya 3 Kategori Yang Layak Terima BKM RM 900

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 telah mula dikreditkan secara berperingkat. Walaubagaimanapun, hanya 3 kategori sahaja yang layak terima bantuan tertinggi iaitu RM 900.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan bersasarkan yang mengutamakan golongan B40, M40, ibu bapa tunggal, bujang dan lain.
Pembayaran BKM adalah sebanyak 4 fasa. Sepatutnya pembayaran terakhir adalah pada Disember 2022 tetapi diawalkan pada 15 November 2022 sebagai persediaan musim Monsun Timur Laut seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

3 KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BKM RM 900

Sedia maklum, jumlah bantuan BKM Fasa 4 adalah bermula daripada RM 100, RM 150, RM 200, RM 300, RM 600 dan RM 900.
Untuk bantuan tertinggai hanya 3 kategori sahaja yang layak terima bantuan tersebut iaitu 

1) ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 – BERUMUR 59 TAHUN & KE BAWAH

  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

2) ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 – BERUMUR 60 TAHUN & KE ATAS

  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

3) IBU BAPA TUNGGAL (IBT) BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 YANG MEMPUNYAI ANAK – TIADA HAD UMUR

  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran BKM Fasa 4 diawalkan pada 15 November ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

KAEDAH / CARA BAYARAN

Sama seperti pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa-fasa sebelum ini di mana hanya terdapat 2 SAHAJA KAEDAH PEMBAYARAN yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu

1. DIBAYAR TERUS KE AKAUN BANK

Pembayaran jumlah BKM Fasa 4 akan terus dikreditkan ke akaun bank yang anda daftarkan untuk penerimaan BKM. Sama seperti BKM Fasa 1,2 dan 3.
Sekiranya anda mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit, anda boleh membuat penebusan melalui BSN.

2. TERIMA SECARA TUNAI MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL

Anda boleh terima BKM FASA 4 secara tunai sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran gagal kredit.
Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) beserta Kad Pengenalan dan serahkan kepada pegawai yang bertugas.
Tuntutan tunai boleh dibuat bermula 15 November.

Leave a Comment