Skip to content

Harga rumah serendah RM 30,000 sebuah: Ini syarat dan cara memohon PPR Dimiliki

 

Harga rumah serendah RM 30,000 sebuah: Ini syarat dan cara memohon PPR Dimiliki

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah sebuah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah sebuah projek kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Berikut adalah cara permohonan bantuan rumah PPR 2022 serendah RM 124.

KATEGORI RUMAH PPR

Terdapat hanya 2 sahaja kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR.

1. PPR DISEWA

Program PPR Disewa ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2022 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan berpendapatan rendah dan setinggan.

2. PPR DIMILIKI

PPR Dimiliki ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tujuan agar golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa untuk setiap bulan.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR di atas menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsas (CIS2)

HARGA RUMAH

Program Perumahan Rakyat atau PPR ini adalah sebuah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Harga rumah yang ditawarkan melalui PPR DIMILIKI adalah rendah agar golongan yang layak dapat memiliki rumah sendiri. 

Harga rumah ditawarkan bermula dari RM 30,000 hingga RM 42,000 sebuah.

CIRI-CIRI RUMAH

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang ditawarkan untuk rumah PPR yang anda miliki atau sewa nanti

PPR KAWASAN BANDAR BESAR
  • Jenis rumah adalah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
PPR KAWASAN PINGGIR BANDAR
  • Jenis rumah teres
Luas
  • Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan
  • Terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik air/tandas, 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur
Kemudahan
  • Kemudahan yang disediakan termasuklah tempat pembuangan sampah, kawasan lapang, surau, gerai makan, dewan komuniti, kemudahan OKU dan tadika

SYARAT PERMOHONAN

Berikut ialah syarat yang anda harus miliki sekiranya berminat untuk membuat permohonan rumah PPR
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan isi rumah berjumlah RM 3,000 dan ke bawah untuk sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mengikut syarat-syarat tambahan oleh kerajaan negeri

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online seperti berikut :
  • Daftar akaun melalui laman web rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
  • Setelah selesai membuat pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
  • Pilih skim mengikut kelayakan anda
  • Lengkapkan maklumat pemohon
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *