i-Ceria : Kemudahan Pengeluaran Terakhir KWSP

 

Setelah sekian lama kita kurang mendengar berita mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP), akhirnya kini terdapat sebuah kemas kini mengenai pengeluaran KWSP tersebut.

Sebelum ini, rakyat Malaysia terus mendesak pihak kerajaan agar meluluskan pengeluaran one-off KWSP berjumlah RM 10,000. Tetapi masih tiada perkembangan sehingga kini.

Tetapi, pada 1 Mac terdapat seorang Ahli Parlimen mencadangkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai i-Ceria.

APA ITU i-CERIA ?

Sebelum ini, kita hanya mendengar i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang merupakan pengeluaran wang yang disediakan oleh pihak KWSP. 

Seorang ahli parlimen yang bernama Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang merupakan Barisan Nasional mencadangkan pihak kerajaan memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang berlandaskan KWSP dikenali sebagai i-Ceria. Beliau turut menegaskan bahawa ia adalah kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

OBJEKTIF i-CERIA 

Menurut beliau, pelaksanaan i-Ceria ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tambahan beliau, tuntutan tersebut bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan beliau juga bukanlah untuk menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua. 

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat pada hari ini adalah untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia  dipenuhi, khususnya mereka yang bergelut akibat pandemik ditambah pula musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.

PENJELASAN LANJUT

Menurut Mohd Salim, sudah tiba masanya kerajaan sedia mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

TARIKH PELAKSANAAN

i-Ceria KWSP ini bukanlah bantuan kewangan yang pasti akan disediakan oleh pihak kerajaan tetapi hanya cadangan daripada ahli parlimen.


Walau bagaimanapun, cadangan yang dibuat oleh Mohd Salim dipersetujui oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria, M Karupaiya, Datuk Seri Hasan Arifin dan Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Semoga cadangan yang dibuat oleh beberapa ahli parlimen ini dipandang terus oleh Kementerian Kewangan dan menteri-menteri yang sepatutnya.

i-CERIA BERTEPATAN

Menurut Datuk Dr Xavier Jayakumur, cadangan i-Ceria tersebut bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan perlu bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya B40.

0 thoughts on “i-Ceria : Kemudahan Pengeluaran Terakhir KWSP”

  1. patot di luluskan pengeluaran nya.. memandangkan bantuan seperti itu akan menjadi kick starter utk rakyat memulakan ape2 pun aktiviti ekonomi.

    Reply
  2. Saya memohon Kwsp 10k one off di Luluskan buat kali terakhir,Supaya kmi dpt melunaskan segala hutang kmi yg tertunggak selama pendemik ini.. rakyat sangat memerlukan…

    Reply
  3. Pm sekarang ni tak dengar keluhan rakyat tak macam tan sri muhyiddin yassin bila rakyat mohon terus luluskan penggeluaran KWSP tan Sri tahu keperitan hidup rakyat tak macam pm sekarang slogan je megah KELUARGA MALAYSIA ada dia dengar keperitan rakyat

    Reply
  4. duit rakyat hak rakyat…itu pun susah nak keluarkan…nanti PRU hak rakyat la kasi tukar …sembang mysalam,BRO la n mcm2 lagi tapi aku ni dapat sakit apa pun X lulus…

    Reply
  5. Jangan sampai terjadinya pakatan untuk serbu pejabat KWSP plak nnti,rakyat rata² dah tertekan dan sangat² terdesak skrg,Tolong Ambil langkah yg Pencarum mahukan skrg..Ini bkn ugutan,Jika Menteri kewangan masih dgn pendiriannya,Anonymous ramai tgh memerhati kerajaan malaysia,jangan disebabkn 1Menteri habis segala² terbongkar utk tatapan rakyat menilai kere²jaan yg dipilih ini..luahan rakyat yg terkesan..

    Reply
  6. ASSALAMUALAIKUM WBT
    SAYA MASIH TAK FAHAM?? KWSP NI SETIAP RAKYAT YANG MANUSIA PUNYA HAK!! SO MENGAPA PERLU TUNGGU, MINTA DAN KELULUSAN ?? NI BUKAN DUIT PARA MENTERI PUNYA!! SIANG /MALAM SAYA KERJA, SAKIT DAN DLL SEMUA NI DI TANGGUNG OLEH DIRI SAYA SENDIRI.

    Reply
  7. Kami sebagai rakyat yg miskin… Merayu dan meminta ke pada pihak kerajaaan supaya meluluskan pegeluaran kwsp kali terakhir secara one off.. Kami segat memerlukan… Minta tolong kepada yang terlibat

    Reply

Leave a Comment