i-Fitri : Bantuan Hari Raya RM 400 Mula Dibayar Pada 17 April

 

Bantuan Hari Raya RM 400 Mula Dibayar Pada 17 April


Bantuan dana raya, i-Fitri iaitu sebuah bantuan hari raya bernilai RM 56 juta dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah (KIR) di negeri Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri yang layak melalui bantuan i-Fitri pada tahun hadapan.

Bantuan ini dikatakan akan diberikan kepada golongan yang berkeperluan dan jumlah pemberian sehingga RM 400.

BANTUAN HARI RAYA I-FITRI

i-Fitri adalah sejenis bantuan hari raya yang akan diberikan kepada rakyat yang layak pada tahun ini. Pemberian bantuan ini adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 nanti.

Bantuan ini adalah bantuan yang diberikan semasa pembentangan Bajet 2022 Kerajaan Negeri pada Isnin lalu. Ia sudah tentu untuk meringankan beban rakyat agar boleh menyambut hari raya dengan ceria.

Pemberian bantuan ini diharapkan dapat menyokogn kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40

TARIKH BAYARAN

Bayaran dana raya, Bantuan i-Fitri 2022 kepada rakyat negeri Terengganu ini yang layak mula dibayar pada
  • 17 April
Pembayaran dilaksanakan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM 56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.

Menurut beliau, pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM 2,500 akan menerima RM 400 dan dijangka melibatkan seramai 128,450 orang dengan peruntukan RM 51.3 juta.

JUMLAH BANTUAN

Terdapat 2 jenis jumlah bantuan diberikan, ia berdasarkan syarat kelayakan terutamanya mengenai perbezaan pendapatan bulanan :
  • Bantuan berjumlah RM 400 kepada penerima isi rumah bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  • Manakala bantuan RM 250 kepada penerima isi rumah bulanan antara RM 2,501 hingga RM 5,000.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori kelayakan penerimaan bantuan :

Kategori A : 
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 2,500
Kategori B
  • Pendatan isi rumah bulanan di antara RM 2,501 hingga RM 5,000

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan i-Fitra dibuka selama 10 hari bermula pada 22 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 ini.

Permohonan boleh dibuat pada pautan berikut : ibantuan.terengganu.gov.my

0 thoughts on “i-Fitri : Bantuan Hari Raya RM 400 Mula Dibayar Pada 17 April”

  1. trima kasih menteri kerajaan malaysia krna prihatin dn saksama membantu seluruh harap harap ianya akan trus berbakti pafa rakyat malaysia semoga negara kita malaysia sentisa aman dan makmur..

    Reply

Leave a Comment