I-SAYANG : BANTUAN TERKINI KWSP – SEMAK INFO PENUH

Pelbagai jenis bantuan atau inisiatif akan diberikan kepada setiap lapisan masyarakat yang layak termasuklah daripada golongan bujang, berkeluarga serta warga emas.

Pada bulan Mac ini, pihak KWSP telah lancarkan sebuah bantuan terkini untuk membantu golongan isteri yang dikenali sebagai i-Sayang.

I-SAYANG KWSP

i-Sayang KWSP adalah sebuah program bantuan wang caruman kepada isteri yang boleh dilakukan oleh suami. Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi memberi PILIHAN kepada semua (pemberi) untuk memindahkan caruman 2 peratus (2%) caruman yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (pencarum).

Pelaksanaan program ini baru di lancarkan pada bulan Mac ini.

JUMLAH BAYARAN / CARUMAN

Suami boleh membuat pindahan minimum 2 peratus caruman kepada akaun KWSP isteri.

Untuk pengetahuan suami, permohonan adalah sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dibayar ke dalam akaun KWSP suami.

Nota* : Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

SYARAT KELAYAKAN

Untuk Suami :

  • Warganegara Malaysia atau bukan Wargenegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Untuk Isteri :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bwah undang-undang Malaysia

SENARAI DOKUMEN

Tiada sebarang dokumen yang diperlukan semasa proses pendaftaran

CARA PERMOHONAN

Terdapat 2 cara permohonan i-Sayang yang ditetapkan

  1. Melalui i-Akaun Ahli
  2. Walk in ke pejabat KWSP berdekatan dan bawa borang permohonan pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang lengkap diisi

Sumber : Laman Web Rasmi KWSP

Leave a Comment