Ibu berpeluang terima bantuan RM 500 sekiranya melahirkan anda pada 2023.
Ini merupakan berita baik kepada ibu-ibu diluar sana yang bakal melahirkan anak pada tahun 2023 kelak. Terdapat sebuah bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada anda.
BAJET 2023
Pembentangan Bajet 2023 telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada awal Oktober lepas sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.
Golongan wanita adalah salah satu perkara yang difokuskan pada pembentangan kali ini. Pelbagai jenis insentif yang bakal diberikan termasuklah bantuan khas RM 500 kepada ibu yang lahirkan anak pada 2023.
BANTUAN KHAS RM 500
Buat ibu yang bakal lahirkan anak pada tahun 2023, anda bakal menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM 500 di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia.
Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan tersebut memperuntukkan sebanyak RM 150 juta yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kelahiran di samping mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.
Menurut beliau “Jadi saya rasa masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu bukannya bapa,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.
SYARAT KELAYAKAN
Bukannya semua ibu layak untuk terima bantuan khas RM 500 ini. Terdapat kelayakan untuk memastikan anda terima bantuan tersebut.
Selain daripada perlu lahirkan anak pada 2023, syarat kelayakan lainnya adalah
- hanya layak kepada para ibu daripada isi rumah yang terima BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Sekiranya anda tidak menerima Bantuan Keluarga Malaysia, secara automatik anda tidak menerima bantuan khas RM 500 tersebut walaupun anda melahirkan anak pada 2023.
CARA PERMOHONAN
Setakat ini, tiada informasi yang dikeluarkan mengenai cara permohonan dan tarikh bayaran bagi Bantuan Kewangan RM 500 untuk ibu yang lahirkan anak pada 2023. Sebarang infomasi tambahan bakal dikemas kini dari masa ke masa.
PEMBAYARAN BAKAL DITERUSKAN ?
Disebabkan pengumuman bajet 2023 adalah berdasarkan kerajaan sebelum ini ia berkemungkinan terdapat perubahan di bawah pimpinan baharu kerajaan perpaduan.
Walaubagaimanapun, Menteri Kewangan baharu iaitu Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim belum memutuskan mengenai Belanjawan 2023 ini. Marilah sama-sama kita nantikan.