Iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (SPNT) / Job Vacancy


Hebahan jawatan kosong sektor kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Terenggganu telah dibuka.


Maklumat penting


Maklumat jawatan terbahagi kepada dua iaitu kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan, profesional. Kumpulan pelaksana merupakan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh pemegang diploma, STPM, SPM,SVM,SKM, STAM, HSC, PT3 dan pemegang sijil matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.Manakala bagi kumpulan pengurusan dan profesional memaparkan senarai jawatan yang sesuai dipohon oleh oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana, PHD. Penulisan dibawa akan memberi info tentang kekosongan jawatan.

Kumpulan pelaksana 

Untuk kumpulan pelaksana, jawatan kosong yang ada ialah pembantu akaun Gred W19.Di bawah akan menerangkan maklumat Jawatan di atas.

– Calon merupakan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas 

  • Mendapat kepujian dalam subjek Prinsip Akaun dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan atau
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi atau 
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 
Syarat tambahan 

– Pemohon haruslah mendapat kepujian dan subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau setaraf.


Kumpulan pengurusan dan profesional 

Untuk kumpulan pengurusan dan profesional, jawatan yang ditawarkan ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 dan merupakan jawatan tetap

-Calon merupakan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas 

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya atau 
  • Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya atau
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat tambahan 

– Pemohon haruslah mendapat kepujian dan subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau setaraf.

Membuat permohonan 
Untuk membuat permohonan, calon perlu melayari web SPNT di link berikut : SPNT RASMI


Leave a Comment