Jadual Jangkaan Waktu Pembayaran KWSP RM10K

 

Jadual Jangkaan Waktu Pembayaran KWSP RM10K

Tarikh rasmi pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ke akaun bank ahli bermula 18 April 2022. Berikut adalah jadual jangkaan masuk duit pengeluaran khas KWSP RM 10K.

JADUAL WAKTU PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS

Memandangkan tarikh pembayaran pengeluaran khas telah diumumkan, kami akan kongsikan jangkaan waktu pembayaran KWSP yang akan dikreditkan ke akaun bank anda selaras dengan waktu bekerja di Malaysia.

Jika merujuk kepada pembayaran i-Sinar sebelum ini, kebanyakan bank di setiap negeri akan memproses pengkreditan pembayaran pada masa yang lebih kurang sama iaitu :
  • 8 pagi – 12 malam
  • 2 petang – 5 petang

KAEDAH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ahli dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank yang ditetapkan.

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Sehingga hari ini, ramai yang masih keliru tentang tarikh bayaran baru yang telah diawalkan. Berikut adalah tarikh pembayaran yang baru mengikut batch masing-masing.
  • Batch 21 April – Dibayar pada 18 April
  • Batch 23 April – Dibayar pada 20 April
  • Batch 24 April – Dibayar pada 21 April
  • Batch 25 April – Dibayar pada 22 April
  • Batch 28 April – Dibayar pada 25 April
  • Batch 29 April – Dibayar pada 26 April
Anda boleh membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.

KAEDAH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS

Pembayaran untuk Pengeluaran Khas ini terbahagi kepada 2 termasuklah 

1) Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak secara automatik. Disebabkan itu, pada permohonan Pengeluaran Khas ini anda diminta untuk meletakkan nombor akaun bank yang aktif untuk tujuan pembayaran.

2) Arahan Bayaran

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh pilih kaedah pembayaran Arahan Bayaran untuk pengeluaran nanti.
  • Arahan bayaran adalah agihan pembayaran untuk sesuatu urusan melalui cek atau pemindahan wang.

0 thoughts on “Jadual Jangkaan Waktu Pembayaran KWSP RM10K”

Leave a Comment