Jadual Pembayaran Bantuan JKM April 2021. Semak Sekarang !

 


Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan serba mencukupi walaupun tidak sempurna.

Objektif pemberian bantuan ini tidak lain dan tidak bukan selain daripada memenuhi keperluan asas, alat sokongan sosial, alat pemulihan dan sumber kewangan sementara kepada penerima bantuan. 

Pembayaran bantuan bagi bulan Januari, Februari dan Mac untuk tahun 2021 telah dikreditkan kepada penerima melalui akaun bank. 

Manakala, berikut merupakan jadual pembayaran bantuan JKM untuk bulan April.

Bagi bulan Mac, pembayaran dilakukan bermula 9 dan 10 haribulan 3. Manakala, pembayaran bulan Februari dilaksanakan bermula 11/4/ (Isnin) dan 12/4/
Untuk makluman anda, sekiranya anda belum menerima pembayaran, anda perlu menunggu beberapa hari setelah tarikh di atas kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat.

Namun sekiranya pembayaran masih belum dilakukan, anda boleh menghubungi talian hotline Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – 03 – 8000 8000

Senarai Bantuan Kebajikan 

Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) 
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) 
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) 
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) 
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) 
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) 
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) 
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) 
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS) 
Cara Permohonan Bantuan 


Cara untuk membuat permohonan iaitu secara online (atas talian) dan setelah itu perlu pergi kemana-mana cawangan JKM yang berdekatan.

1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’
2. Manual
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan atau swasta.
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.



0 thoughts on “Jadual Pembayaran Bantuan JKM April 2021. Semak Sekarang !”

Leave a Comment