Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2020

Jawatan kosong terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesi 2020. Sila rujuk maklumat di bawah untuk info lanjut.

Disclaimer : KERJASEMASA.COM hanya membantu mengiklankan jawatan kosong terkini  tetapi tidak terlibat sama sekali dalam sesi pengambilan pekerja.


INFO JAWATAN KOSONG SPRM 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan berpotensi  untuk memohon jawatan kosong di bawah

  1.  JAWATAN TERBUKA GRED 48 – RM 4914.00 (MINIMA)
  2.  JAWATAN TERBUKA GRED 52 – RM 5532.00 (MINIMA)

Tarikh Tutup untuk jawatan di atas ialah pada 9 Oktober 2020

  1. Syarat utama ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Taraf jawatan yang ditawarkan ialah kontrak
  3. Calon yang boleh dwibahasa sangat digalakkan
  4. Calon yang mempunyai pengalaman amat dialu-alukan untuk membuat permohonan
  • JAWATAN TERBUKA GRED 48
  1. Gaji minima RM 4914.00
  2. Syarat kelayakan IJAZAH / PHD
  3. Taraf jawatan adalah kontrak
  4. Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu semasa berkaitan rasuah dan imej SPRM, pengurusan krisis, mempromosi dasar serta memantau isu berkenaan di media sosial dan elektronik.

  • JAWATAN TERBUKA GRED 52
  1. Gaji minimum RM 5532.00
  2. Syarat kelayakan IJAZAH / PHD
  3. Taraf jawatan adalah kontrak 
  4. Bertanggungjawab merancang, menyediakan saluran komunikasi yang proaktif dan efektif untuk menyampaikan maklumat yang tepat dengan kadar segera kepada Warga SPRM.

CARA MEMOHON JAWATAN
  • Kepada calon yang berkelayakan serta berminat, anda boleh membuat permohonan dengan menghantar resume, salinan kad pengenalan, salinan mana-mana sijil yang sah dan berkaitan melalui pos ke alamat :
Bahagian Komunikasi Strategik Dan Perhubungan Antarabangsa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Aras 18, Blok C,

No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

  • Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga

Leave a Comment