Skip to content

Jumlah Bantuan BKC Fasa 3

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid  (BKC) fasa 3 merupakan pembayaran terakhir untuk bantuan BKC ini.

Setelah pembayaran BKC Fasa 2 telah selesai dilaksanakan pada 25 November lalu, kini para penerima sedang menunggu untuk pembayaran fasa 3 pula.


BANTUAN KHAS COVID (BKC)

Ia merupakan satu jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta Total Lockdown pada bulan Jun lepas.

Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban rakyat yang layak kerana tidak boleh pergi bekerja disebabkan penutupan sektor ekonomi yang banyak. Penutupan sektor ini sudah tentu akan mengakibatkan ramai rakyat yang terbeban dan seterusnya kehilangan sumber pendapatan.
Diharapkan dengan adanya BKC, ia mampu membantu serba sedikit beban rakyat yang dalam kesusahan untuk membeli barang keperluan asas untuk kepada dan diri sendiri.

Daripada kenyataan rasmi sebelum ini, BKC akan dibayar melalui 3 fasa iaitu 
  • September – Fasa 1 (Selesai)
  • November – Fasa 2 (Selesai)
  • Disember  – Fasa 3 

SIAPA YANG LAYAK 

Pada pembayaran BKC Fasa 2 hanya kategori Miskin Tegar sahaja dibayar tetapi untuk Fasa 3 ini, pembayaran akan dibuat kepada
  • Kategori Miskin Tegar Isi Rumah
  • Kategori B40 Isi Rumah
Untuk 
  • kategori bujang, warga tua Miskin Tegar dan B40 
  • serta semua kategori M40 tiada pembayaran dilakukan kerana sudah selesai pada BKC lalu.

JUMLAH BANTUAN

Jika dibandingkan dengan jumlah bantuan BKC fasa 2, BKC fasa 3 lebih rendah. Untuk pengetahuan umum, jumlah keseluruhan Bantuan Khas Covid (BKC) ialah RM 1,300 tetapi bergantung dengan kelayakan masing-masing.


Berikut ialah jumlah bantuan mengikut kategori :

Kategori Miskin Tegar Isi Rumah
  • Bantuan berjumlah RM 300 bakal disalurkan pada Disember ini 
Kategori B40 Isi Rumah
  • Bantuan berjumlah RM 300 akan disalurkan kepada golongan B40 isi rumah
Hanya dua (2) jenis pembayaran kategori sahaja akan diberikan pada pembayaran akhir BKC ini.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan Baantuan Khas Covid, anda boleh terus semak portal rasmi bkc.hasil.gov.my atau hubungi
  • talian hotline LHDN di 1-800-88-2747 
  • atau Kementerian Kewangan 03-8882 4565 / 03-8882 4566

0 thoughts on “Jumlah Bantuan BKC Fasa 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *