Jumlah Bayaran Bantuan BKM Tambahan RM 300-RM500

 

Jumlah Bayaran Bantuan BKM Tambahan RM 300-RM500

Penerima BKM yang layak turut berpeluang menerima bantuan tambahan BKM berdasarkan jenis kategori penerima terbabit. Tetapi ia hanya terbuka kepada beberapa jenis kategori sahaja.

APA ITU BKM TAMBAHAN ?

BKM Tambahan merupakan wang tambahan yang diberikan kepada beberapa kategori walaupun mereka sudah menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bantuan tambahan ini hanya layak kepada penerima BKM yang kategori
  • Ibu / Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan
  • Warga emas yang mempunyai anak

JUMLAH BKM TAMBAHAN

Bantuan tambahan yang akan diberikan kepada 2 jenis kategori di atas adalah di antara RM 300 sehingga RM 500 sahaja
  • Bantuan tambahan RM 500 diberikan kepada kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat dan
  • Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima kategori isi rumah bertatus Warga Emas yang mempunyai anak
Ini adalah jadual yang disediakan agar pembaca lebih faham mengenai BKM Tambahan tersebut

SEMAKAN BKM TAMBAHAN

Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menerima BKM tambahan tersebut, anda boleh membuat semakan terlebih dahulu.
  1. https://bkm.hasil.gov.my/ Layari portal rasmi BKM yang berikut
  2. Tekan Log Masuk MyBKM
  3. Masukkan Nombor MyKad 
  4. Tekan butang Semak
  5. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  6. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan 
  7. Tekan Log Masuk
  8. Tekan pada Semakan Status
Sekiranya pada bahagian BKM TAMBAHAN terdapat paparan RM 300 atau RM 500 itu berkmaksud anda layak tetapi sekiranya tiada, maka anda tidak layak menerima BKM TAMBAHAN.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran BKM akan dilaksanakan melalui 4 Fasa iaitu 
  • Fasa 1 – Mac
  • Fasa 2 – Jun
  • Fasa 3 – September
  • Fasa 4 – Disember

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai BKM, anda boleh hubungi
  • Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF : 03-8882-4565 / 003-8882-4566
  • e-Mel : bkm@treasury.gov.my

Leave a Comment