Seperti yang kita tahu, kerajaan telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif BPN 2.0
Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN 1.0 yang telah layak sebelum ini.
Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober sehingga 15 November nanti.
Bayaran 2.0 akan dibuat secara amsuran iaitu pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2020
KADAR BAYARAN BPN 2.0
Kadar bayaran adalah seperti berikut :
- RM 1000 untuk B40 isi rumah
- RM 500 untuk B40 bujang
- RM 600 untuk M40 isi rumah
- RM 300 untuk M40 bujang
Sila rujuk jadual pembayaran rasmi di bawah :
Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.
Bagi yang tiada akaun bank atau status GAGAL KREDIT, anda perlu membuat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran.
Dan bagi penerima kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021/
SEMAKAN BPN 2.0
Semakan status bermula pada 15 Oktober nanti.
- Semakan boleh di buat di https://bpn.hasil.gov.my/
Sekiranya terlupa kata laluan anda diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM 7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
SOALAN LAZIM BPN 2.0
Ok berikan