Pada Januari 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dalam perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Apakah Itu GKP Tambahan ?
GKP tambahan adalah sebuah bantuan kewangan yang dibayar secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0).
Ia bertujuan untuk meringankan beban penerima sewaktu pandemik ini.
Sila Kemaskini Akaun Bank Anda Sekiranya Ada Perubahan
Sekiranya akaun bank anda terdapat perubahan atau ada apa-apa masalah, sila kemaskini akaun bank tersebut. Selewat-lewatnya sebelum 15 Mac nanti.
Hal ini kerana, pembayaran mungkin tidak berlaku / lewat sekiranya terdapat akaun bank yang didaftarkan pada GKP yang lalu bermasalah.
Kemaskini boleh dibuat melalui portal rasmi GKP : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
Jumlah Bantuan ?
- Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh pemohon ialah berjumlah RM 500 dan RM 1000.
- Penerima yang berada di negeri PKP akan dibayar one-off RM 1000.
- Manakala di negeri lain pula akan dibayar RM 500.
Syarat Kelayakan ?
Tiada syarat kelayakan diperlukan kerana GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Rayuan.
Cara Permohonan ?
Tiada permohonan diperlukan untuk GKP Tambah PERMAI ini.
Cara Pembayaran ?
Pembayaran RM 500 dan RM 1000 tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak sebelum ini.
Sya mohon bantuan ibu tunggal
Bila duit masuk
ermm macam mna nk dapat duit hmm. umoq 19 tahun keatas haa. bukan ap reja pon xdak dhh nih kena buang jiaa sebb covid nih haa.saya pon xtaw nk reja ap dah ")