Kemaskini Nombor Telefon KWSP Yang Tidak Aktif Untuk Mudahkan Pengeluaran

 Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/OTC. Terdapat beberapa yang anda perlu kemaskini termasuklah nombor telefon KWSP yang tidak aktif.

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP

1. Kemaskini  Nombor Telefon KWSP 

Sebarang pengemaskinian nombor telefon KWSP anda perlu mengunjungi kiosk KWSP yang terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut :
  • Pergi ke kiosk KWSP
  • Sentuh skrin di kiosk KWSP
  • Buat pilihan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu bahagian sebelah kiri kiosk
  • Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda
  • Seterusnya, ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini nombor telefon KWSP
  • Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut
  • Selesai urusan tukar nombor telefon di KWSP

2) Kemaskini Kata Laluan KWSP

Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun kemaskini kata laluan i-Akaun
  • Log masuk i-Akaun 
  • Klik Profil dan klik tukar kata laluan
  • Masukkan kata laluan semasa
  • Masukkan kata laluan baru
  • Masukkan pengesahan kata laluan baru 
  • Tekan butang hantar
  • Selesai

3) Kemaskini Soalan Dan Jawapan Rahsia KWSP

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda :
  • Log masuk i-Akaun
  • Klik profil dan tekan Kemas Kini Soalan dan Jawapan Rahsia
  • Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang diberikan
  • Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan yang dipilih
  • Pilih soalan rahsia 1 beserta jawapan
  • Pilih soalan rahsia 2 beserta jawapan
  • Pilih soalan rahsia 3 beserta jawapan
  • Tekan butang hantar
  • Selesai

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :

1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.

3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, diumumkan bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Bolehlah sudah anda membuat semakan untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini.

Leave a Comment