Pihak polis menahan rakan sekolah kepada Allahyarham Siti Nur Surya Ismail yang ditemui meninggal dunia kesan kecederaan parah di bahagian anggota badan semalam.
Pagi tadi, jam 7:30 suspek datang ke Balai Temelong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8:15 pagi
Berikutan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek di Kampung Kubang Labu sebelum menemui beberapa barangan yang diambil daripada rumah mangsa termasuk wang tunai dan peralatan solek.
Mungkin Salah Faham Jadi Dendam
Menurut Mohd Adli lagi, menerusi keterangan yang diambil, berkemungkinan berlaku salah faham antara suspek dan mangsa sehingga berlaku pergaduhan.
Ketika bergelut, suspek dikatan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa tangan kiri mangsa sehingga putus
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh selain disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang esok untuk permohonan reman.