KETAHUI MAKSUD STATUS ‘DALAM PROSES’ SERTA 4 LAGI JENIS STATUS BSH 2020 YANG ANDA PERLU TAHU !

Ketika Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3 mengumumkan tarikh pembayaran pada 24/7/2020, ramai pemohon yang belum mendapatkan pembayaran tersebut. Apabila disemak dalam status permohonan, perkataan ‘DALAM PROSES’ didapati.

APAKAH MAKSUD STATUS ‘DALAM PROSES’ ?

Apabila dipaparkan status masih ‘Dalam Proses’ ketika anda menyemak pada portal rasmi BSH, ianya bermaksud permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan pihak LHDN.

Menurut FB rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), memaklumkan kelulusan BSH 2020 adalah secara berperingkat. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.


MAKSUD STATUS PERMOHONAN BSH 2020 

1.Dalam Proses Pengkreditan

Merujuk kepada pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun bnak masing-masing mulai 24 Julai 2020.

2.Tiada Rekod

Tidak pernah membuat permohonan rasmi BSH


3.Gagal Kredit

Bagi anda berstatus gagal kredit, pemohon boleh membuat penunaian BSH dengan membawa nombor siri BSH dan kad pengenalan anda ke kaunter BSN.

4.Pembayaran Secara Tunai

Bagi anda mendapat status secara tunai boleh membuat penunaian Fasa Ketiga BSH 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional.

0 thoughts on “KETAHUI MAKSUD STATUS ‘DALAM PROSES’ SERTA 4 LAGI JENIS STATUS BSH 2020 YANG ANDA PERLU TAHU !”

  1. Knapa sy punya masih dlm proses dah dekat sminggu asyik dlm proses, raya dh dekat besok Lusa payah sangat ke nk bgtahu jgn bg kami mnunggu mna janji menteri kewangan semua rakyat tak tcicir

    Reply

Leave a Comment