KWSP Umum Tarikh Bayaran Terbaru Pengeluaran Khas KWSP

 

KWSP Umum Tarikh Bayaran Terbaru Pengeluaran Khas KWSP

Bermula 16 April, semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh kembali disemak. Hal ini kerana paparan semakan status permohonan berubah kepada ‘permohonan anda diluluskan’. 

Sedia maklum, paparan semakan sebelum ini hanya ‘permohonan anda diterima’ sahaja. Oleh itu, para pemohon digalakkan untuk menyemak kembali status permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini.

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Seperti yang diumumkan oleh KWSP dan Perdana Menteri, pembayaran pertama Pengeluaran Khas KWSP bermula pada 20 April 2022 ini.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud bahawa kesemua pemohon akan menerima bayaran pada tarikh tersebut.

Oleh itu, sekiranya anda sudah membuat semula semakan permohonan bermula 16 April, pemohon boleh mengetahui tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP masing-masing.
KWSP Umum Tarikh Bayaran Terbaru Pengeluaran Khas KWSP
Gambar di atas merupakan semakan status permohonan terbaru yang menyatakan bahawa permohonan telah diluluskan. Selain itu, turut dipaparkan tarikh bayaran ke dalam akaun bank pemohon.

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan status permohonan :

1) Layari portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP.

2) Seterusnya, klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.

3) Kemudian, anda perlu masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

4) Seterusnya, klik semak status dan paparan status permohonan diberikan. Selesai.

PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.

Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja. 

Leave a Comment