Lebih 2 Juta Rakyat Akan Menerima Bantuan e-Dompet RM 150 Seorang

 

Lebih 2 Juta Rakyat Akan Menerima Bantuan e-Dompet RM 150 Seorang

LEBIH 2 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA BANTUAN RM 150 SEORANG

Program e-Pemula akan dilancarkan tidak lama lagi bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia dengan peruntukan sebanyak RM 300 juta, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata program e-Pemula ialah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Program e-Pemula akan mengkreditkan RM 150 juta secara one-off ke dalam akaun e-Dompet para belia ini,” katanya.

Katanya, terdapat banyak dana dan pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui bajet 2022.

“Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM 150 juta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank,” jelas beliau.

Tambah beliau, kerajaan juga telah membayar elaun sebanyak RM 900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019.

Beliau berkata langkah itu untuk membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.

Zafrul turut mengambil kesempatan dengan mengingatkan golongan muda mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif.

“Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri.

“Kawalan diri membolehkan anda mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan,” katanya.

Leave a Comment