Skip to content

Pelajar IPT Akan Memulakan Semula Pengajian Sepenuhnya Pada Oktober 2020

Para mahasiswa serta mahasiswi pasti tertunggu-tunggu akan tarikh kemasukan kembali ke IPT selepas tempoh yang lama semenjak PKP fasa 1. Pelbagai reaksi yang diajukan oleh para penuntut serta ibu bapa mengenai tarikh kembalinya ke IPT masing-masing.

Universiti Teknologi MARA - Covid-19
Oleh itu pada hari ini 8 Julai 2020 Kementeri Pengajian Tinggi menerusi menterinya YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah melakukan satu sidang penting mengenai tarikh memulakan semula pengajian penuh.

Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju untuk membenarkan kemasukan empat lagi kategori pelajar IPT ke kampus secara berperingkat bermula Julai 2020.

Antara kumpulan yang disebutkan di atas ialah

  1. Pelajar IPTS sebanyak 30%
  2. Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal.
  3. Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam yang mempunyai masalah internet dan persekitaran kondusif.
  4. Pelajar antarabangsa untuk IPTA dan IPTS.
Beliau menambah bahawa, Jemaah Menteri bersetuju kemasukan pelajar sepenuhnya adalah pada Oktober 2020.


Sila rujuk teks penuh sidang media beliau sebentar tadi –
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *