Pembayaran KWSP Didahulukan Kepada Pemegang Akaun RHB Bank

Pembayaran KWSP Didahulukan Kepada Pemegang Akaun RHB Bank

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP kini diawalkan daripada 20 April kepada 18 April 2022. Ia bertujuan untuk membantu rakyat membeli keperluan sempena hari raya dan kehidupan seharian.

PEMBAYARAN DIDAHULUKAN KEPADA PENERIMA RHB BANK

Berbeza daripada pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mendahulukan pembayaran kepada pemegang Bank Simpanan Nasioanal (BSN).

Pembayaran KWSP ini akan mendahulukan kepada pemegang akaun RHB Bank. Hal ini kerana RHB Bank merupakan panel bank untuk KWSP.

Melalui tinjauan daripada Facebook, sudah ramai pemohon Akaun RHB menerima bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.

PEMBAYARAN PENGELUARAN KWSP DIAWALKAN

Pelbagai reaksi yang diterima oleh Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkenaan tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini.

Menurut beliau, ramai yang message dan komen dalam sosial media yang bertanyakan dengan harapan pengeluaran KWSP itu boleh cepat lagi.

Disebabkan perkara sedemikian, YB Tengku Zafrul mendengar suara para pemohon dan berbincang dengan pihak KWSP tentang tarikh bayaran KWSP.

Hasil daripada perbincangan tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Pengeluaran Khas KWSP akan dikreditkan bermula
  • 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Ini bermaksud pembayaran diawalkan beberapa hari untuk menampung pemohon yang ingin berbelanja untuk puasa dan raya.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DILULUSKAN

Para pemohon perlu membuat semakan sekali lagi. Semakan yang dibuat pada 16 April akan menyatakan bahawa ‘Permohonan Anda Diluluskan’. 

Manakala untuk pemohon yang status permohonan masih belum berubah, anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

TARIKH BAYARAN DINYATAKAN

Selain daripada status permohonan yang diluluskan, pada paparan semakan status tersebut turut dinyatakan tarikh bayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP anda. 

Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya bilakah pembayaran anda dilaksanakan. Anda mungkin akan dibayar beberapa hari lebih awal kerana pembayaran Pengeluaran Khas ini bermula 18 April dan bukannya 20 April 2022.

0 thoughts on “Pembayaran KWSP Didahulukan Kepada Pemegang Akaun RHB Bank”

  1. Bagaimana pula dgn pemohonan yg dilakukan pada tarikh 10 ke atas contoh 11 12 13 dan seterusnya takan lulus hujung bulan dan duit masuk selepas raya .. ??

    Reply
  2. Mana satu betul tadi ada ckp BSN RHB dh di masukan ke akaun .ne RHB plk dulu pening LA kau org ne menambah kan pendidikan pening kpla org yg menunggu

    Reply

Leave a Comment