Pemberian Bantuan Keperluan Asas RM 300 Sebulan

 

Bantuan barang keperluan asas RM 300 sebulan khas buat rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Belanjawan Negeri yang dibentangkan pada 26 November 2021 lepas.

BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu ketua keluarga yang mempunyai tanggungan dibawah RM 3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM 300.

Bantuan ini adalah sebuah bantuan yang akan menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang ditamatkan pada 30 Jun 2022 lalu.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini memperuntukkan RM 3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bantuan keseluruhan RM 108 juta bagi membantu 30,000 isi rumah yang layak termasuklah golongan ibu tunggal.

TUJUAN BINGKAS

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Keluarga yang mempunya tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan

PERMOHONAN BINGKAS

Untuk memohon, anda boleh layari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari portal rasmi di atas.

Leave a Comment