Pencarum Mengharapkan Pengeluaran Secara One-Off Selepas Menerima Dividen KWSP

PENCARUM BERHARAP PENGELUARAN SECARA ONE-OFF

PENCARUM BERHARAP PENGELUARAN SECARA ONE-OFF

 PETALING JAYA : Kebanyakan pencarum kini masih berharap pengeluaran secara ‘one-off’ RM 10,000 selepas menerima dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Difahamkan, amaun dividen itu telah mula dikreditkan ke dalam akaun pencarum mulai hari ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sosial, kelihatan rata-rata kebanyakan pencarum meluahkan perasaan gembira serta bersyukur oleh peningkatan dividen yang diterima.

Bagaimanapun, ramai di antara mereka juga yang masih mengharapkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM 10,000 secara one-off.

Perkara itu dibangkitkan apabila ramai dipercayai masih terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bencana yang menimpa sebahagian rakyat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, dividen dah masuk, bagaimana pula dengan RM 10,000 ‘one-off’? Luluskanlah permintaan rakyat yang terdesak ini,” luah Selmah Saidin.

“Dividen aku RM 10,000, kalau tuntutan i-Ceria dibenarkan masih tidak menganggu simpanan sedia ada,” kata Alang Terawis.

Selain itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Apex Myra turut merayu agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran terbabit.

“Dividen dapat tinggi Alhamdulillah. Tunaikanlah permintaan terakhir rakyat. Kami amat memerlukannya, dengarlah dan luluskan permintaan rakyat,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE!

0 thoughts on “Pencarum Mengharapkan Pengeluaran Secara One-Off Selepas Menerima Dividen KWSP”

  1. Hakrakyat25
    March 11, 2022 at 10:03 AM
    Pakat la… Majikan tak yah carum lagi Kat KWSP nie… Kata untuk rakyat bila masa terdesak!!! Nie buat tak tau… Jerr…. caruman KWSP yang dipotong oleh majikan… Tak yah bayar kat KWSP bayar jerr terus pada pekerja yang memerlukan… Kalau sebulan RM230 pun… Banyak boleh selesaikan… Lainlah ada subsidi utiliti kerajaan tanggung…. Nie tak bayar kena potong…. Nak makan pun tak cukup…. Menitis air mata pandang anak anak makan nasi… Lauk megi…

    Reply
  2. Kalau xnak keluarkan duit simpanan kami sendiri.. pihak kerajaan search lah satu2 nama rakyat dan clearkan hutang2 yang rakyat tanggung.. tahu tak ramai yg sanggup mencuri makanan dalam mall.. susu and mcm2 lagi untuk kelansungan hidup.. mudahkan lah.. jgn menyusahkan rakyat..

    Reply
  3. Hope kerajaan benarkan lah pengeluaran. Tak payah nak pikir panjang. Duit kami, hak kami..saat skrg mmg memerlukan sangat.bukan nak joli, ini untuk keperluan memantapkan lagi hidup di fasa skrg.

    Reply

Leave a Comment