Pengeluaran Berterusan KWSP Umpama Bunuh Angsa Emas

Sebuah kenyataan dikeluarkan yang berbunyi Pengeluaran KWSP umpama bunuh angsa emas dibuat oleh satu pihak. Sila semak di bawah untuk perkara lanjut.

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

KWSP disaran melaksanakan agihan dividen bertingkat sebagai usaha meningkatkan simpanan pencarumnya.

Cadangan itu adalah antara tiga perkara dikemukakan Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, yang bimbang dengan isu majoriti pencarum menghadapi masalah caruman yang rendah.

Menurutnya, pelaksanaan dividen bertingkat itu mengikut tiga tingkat simpanan yang mana dividen paling tinggi diberikan mengikut caruman simpanan.

“Dividen diberikan untuk simpanan RM 50,000 pertama, simpanan RM 50,000 hingga RM 240,000 sasaran simpanan asasa dan simpanan RM 240,000 ke atas.

Tambah beliau, untuk pencarum yang mempunyai simpanan lebih RM 1 juta mereka boleh dapat divididen yang tinggi untuk RM 50,000 simpanannya.

SIMPANAN CARUMAN KWSP

Menurut Berian Harian, kira-kira 97 peratus pencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM 600,000 untuk bersara dengan selesa di bandar utama.

PENGELUARAN BERTERUSAN KWSP UMPAMA MEMBUNUH ANGSA BERTERLUR

Beliau turut mencadangkan supaya KWSP menghadkan pengeluaran selepas mencapai umur 55 tahun mengikut jumlah caruman serta ambil kira keperluan persaraaan.

Katanya, adalah lebih baik semua pihak menumpukan cara untuk mencukupkan caruman berbanding berdebat sama ada pengeluaran tambahan harus dibenarkan.

‘KWSP sebagai pelaksana wajar tumpukan tenaga mereka untuk meningkatkan pulangan dan memberikan kesedaran serta kecelikan dalam pengurusan persaraan rakyat kita.

‘Pengeluaran berterus adala umpama membunuh angsa bertelur emas yang bukan saja melepaskan peluang menambahkan aset pencarum, malah memerlukan antara tiga hingga lima tahun untuk ke paras simpanan kembali ke paras asal,-katanya.

Beliau turut menegaskan pengeluaran beberapa kali sebelum ini di bawah i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dilaksanakan bagi mengurangkan kemampuan ramai pencarum bagi berhadapan kos sara hidup yang tinggi.

Leave a Comment