Pengeluaran Khas KWSP 2.0 sedang hangat diperbincangkan sejak kebelakangan ini, ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju pelaksanaan kali ini. Ramai pencarum mengharapkan agar pelaksanaan pengeluaran khas ini dapat diluluskan.
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Berdasarkan data maklumat yang didapati, seramai kira-kira 6.1 juta pencarum hanya mempunyau jumlah simpanan di bawah RM 10,000. Namun rata-rata dari mereka meraruh harapan agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir untuk membantu menampung kelangsungan hidup. Ramai yang terkesan disebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik pada waktu ini.
Seorang pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Yosselendra Daimi Akhbar berumur 42 tahun. Dia amat bersetuju jika pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi untuk pencarum yang memerlukan.
Menurut beliau “Kami (pencarum) bukannya saja-saja menginginkan pengeluaran ini diluluskan, situasi saya telah mencapai umur 40 tahun ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap apa lagi pencarum lain.
“Oleh kerana faktor usia yang telah lanjut, banyak perusahaan tidak ingin mengambil pekerjaan lanjut umur. Ini antara sebab saya memilih bekerja sendiri sebagai penghantar barang dan perlu bekerja lebih masa untuk memperolehi pendapatan tambahan.
“Sumber pendapatan ini untuk saya gunakan bukan sahaja kelangsungan hidup malah menampung tanggungan keluarga. Bukan saya sahaja, ramai pencarum sedang terkesan dan memerlukan, ada juga yang ingin pengeluaran khas ini bagi melangsaikan hutang.
“Jika diberi peluang terakhir pengeluaran khas KWSP, saya akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya dengan cara jadikan modal perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ini adalah luahan dari Encik Yosselendra yang sudah mencarum KWSP sejak tahun 1999 hingga 2010.
E-PENGELUARAN KWSP
Untuk yang terlepas pandang, pihak KWSP telah sediakan kemudahan e-Pengeluaran. Kemudahan ini bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi yang tersedia. Untuk semakan maklumat penuh, sila layari pautan rasmi e-Pengeluaran KWSP.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai Pengeluaran KWSP ini akan kami kemas kini dari masa ke masa. Diharapkan semua pihak terus bersabar untuk menantikan pengakhiran isu KWSP ini.