Skip to content

STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI – SEMAK SEKARANG

STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI - SEMAK SEKARANG

Kerajaan Perpaduan mengumumkan pelbagai jenis inisiatif serta bantuan pada tahun 2023 ini.

Salah satunya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Melalui STR 2023 ini, pihak kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada penerima yang layak.

STR FASA 2

STR Fasa 2 adalah sebuah bantuan yang akan dibayar dalam masa terdekat.

STR merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat yang layak. Ia disalurkan dalam empat fasa pembayaran bermula Januari lalu.

Manakala, STR Fasa 2 dianggarkan dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI

Sedia maklum, melalui jadual pembayaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, bayaran Fasa 2 akan disalurkan pada bulan April.

April 2023 adalah bulan dimana rakyat akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, dijangkakan bahawa pembayaran STR Fasa 2 bakal dilaksanakan sebelum Hari Raya sebagai persediaan untuk membeli barang keperluan untuk menyambut bulan mulia itu.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Ini adalah jumlah bantuan STR Fasa 2 mengikut kategori penerima masing-masing.

KATEGORI ISI RUMAH

PENDAPATAN BULANAN RM 0 HINGGA RM 5,000

Kesemua golongan isi rumah akan menerima amaun pembayaran yang sama iaitu

  • RM 200 setiap penerima

WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 100 setiap orang

BUJANG 21 – 50 TAHUN & BUJANG OKU 19 – 59 TAHUN

PENDAPATAN BULANAN RM 0 HINGGA RM 2,500

  • RM 100 seorang

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TAMBAHAN

Kerajaan turut umumkan sebuah bantuan tambahan dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bernilai RM 600.

Bantuan tambahan ini adalah merupakan sumbangan bakul makanan dan bukannya bantuan berbentuk kewangan. Ia bakal diberikan kepada penerima STR ISI RUMAH MISKIN TEGAR di mana pendapatan bulanan mereka RM 1,169 dan ke bawah.

Bantuan mula dikreditkan pada bulan Julai sehingga Disember 2023 (6 bulan) bersamaan bantuan bakul makanan bernilai RM 100 setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *