Pengeluaran RM 10,000 KWSP Menyebabkan Rakyat Di Bawah Paras Miskin

 

RAMAI RAKYAT BERSARA DIBAWAH GARIS KEMISKINAN

Menurut Menteri Kewangan, pengeluaran KWSP tambahan atau akan datang akan menyebabkan ramai rakyat yang perlu bersara di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) sekiranya pengeluaran tersebut dibenarkan.

Seterusnya, beliau berkata sedemikian kerana terdapat kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut beliau, hampir separuh ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 dan jumlah ini 55 peratus adalah bumiputera.

Beliau turut berpendapatkan sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, ia akan menyebabkan ramai ahli perlu bersara di bawah PGK dan akan menyebabkan kesan yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di masa depan terutama jika kegawatan ekonomi.

JAMINAN KERAJAAN

Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus peka dengan masalah rakyat dan pelbagai pendekatan diusahakan untuk memliharan kebajikan terutamanya golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, dalam Bajet 2022 sebanyak RM 31 bilion dikhususkan untuk subsidi, bantuan dan insentif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 8.2 bilion kepada 9.6 juta penerima untuk Bantuan Keluarga Malaysia

97 PERATUS MAHU PENGELUARAN RM 10,000

Dalam kenyataan yang layak, pihak Biro Penyelidikan dan Pembangunan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu kajian awam mengenai pengeluaran KWSP.

Menurut Azril Siral Yusof Sarit iaitu Pengerusi Sekretariat, kajian tersebut mendapati pencarum berusia 35 sehingga 44 tahun menunjukkan respons tertinggi bersetuju dengan pengeluaran tersebut.

Manakala, dari segi pecahan kaum pulak, sebanyak 18,777 berbangsa Melayu bersetuju dengan cadangan pengeluaran tersebut.

Ia diikuti 10 peratus daripada respondan berbangsa Cina dan India serta lain-lain.

NAJIB TERUS BAWA SUARA RAKYAT

PPIM telah menyerahkan sebuah memorandum untuk pengeluaran wang KWSP RM 10,000 kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ia berikut kerana Datuk Seri Najib merupakan orang yang sangat menuntut pihak kerajaan untuk pengeluaran wang KWSP.

Jika anda masih ingat, disebabkan Datuk Seri Najib yang sentiasa menuntut pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP akhirnya i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan pada tahun lepas.

0 thoughts on “Pengeluaran RM 10,000 KWSP Menyebabkan Rakyat Di Bawah Paras Miskin”

  1. Separti kerajaan sngat barat untuk membuat pengaluaran kwsp oneoff..knoa ah?hairan juga dengan kerajaan ni,banyak alasan.,.mungkin ada somethibg kot kerajaan buat bgtu..

    Reply

Leave a Comment